Tuesday 17 April 2012

Tak tahu nak tulis jawi? Jom gunakan myjawi.net

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Semalam, Ustazah sudah kongsikan tentang macam mana menjadikan anak-anak suka belajar huruf jawi secara interaktif. Harapnya, anda sudah jadikannya macam mana nak bawa anak-anak anda meminati ilmu jawi dan Al-quran.

Baiklah, kali ini Ustazah nak kongsikan tentang satu lagi cara menulis jawi. Tetapi, bukan dengan kaedah tradisional. Sebaliknya, dengan menggunakan perisian atas talian. Jika anda tidak mahir untuk menulis jawi, anda boleh jadikan perisian ini sebagai satu mediu untuk anda menulis jawi dengan baik.

Perisian tersebut boleh didapati dengan melawat ke http://www.myjawi.net

 

Macam mana nak gunakannya? Mudah sahaja. Anda cuma perlu tuliskan ayat yang ingin anda tukarkan kepada jawi dalam ruangan yang disediakan. Ustazah nak tukarkan perkataan yang berikut:

Nama saya Ahmad. Saya berumur 8 tahun. Setiap hari, saya ke sekolah dengan menaiki bas. Di sekolah, saya belajar pelajaran jawi bersama Ustaz Munir. Saya suka belajar jawi bersama dengan Ustaz Munir dan rakan-rakan.

Seterusnya, anda cuma perlu menekan butang 'Tukar" yang disedikan di bawah.


Selesai!

Mudah bukan? Jadi, selepas ini anda boleh menghasilkan artikel dalam bahasa jawi dengan lebih mudah dan cepat. Dalam masa yang sama, kita boleh menartabatkan tulisan jawi.

No comments:

Post a Comment