Saturday 28 April 2012

REFLEKSI P&P


Contoh Refleksi P&P

Mata Pelajaran            : Pelajaran Jawi
Hari                             : Isnin
Tarikh                          : 23 April 2012
Masa                           : 8.40 – 9.10 (30 minit)
Tahun                          : 1  Cemerlang
Bilangan Pelajar          : 6 orang
Tajuk                           : Mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal jawi.



Pendahuluan

Pada 23 April 2012 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk mata pelajan Pendidikan Jawi Tahun  1. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf hijaiyyah jawi.  Saya telah menggunakan teknologi komputer iaitu tayangan video berkaitan dengan alif, ba, ta. Dengan bantuan rakan sekerja iaitu Cikgu Shizan mengambil rakaman sepanjang aktyiviti pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Tepat jam 8.40 pagi saya dengan hati yang agak gemuruh melangkahkan kaki ke tahun 1  Cemerlang bagi membuat satu  rakaman  pengajaran makroteaching selama 30 minit. Walaupun  pelajar tersebut agak rapat dengan saya, kerana bilangannya yang sedikit, tetapi saya merasa agak sedikit gementar. Sekolah saya merupakan kategori sekolah luar bandar dan kurang murid, jadi tidak hairanlah pelajar tahun 1 cuma 6 orang sahaja.  Melalui rakaman saya dan maklum balas daripada rakan sekerja saya telah dapat  melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro tersebut.
                                                                     

Kekuatan       

Pada permulaannya , kelas berjalan seperti biasa, seperti yang telah dirancang untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan. Suasana kelas berada di dalam keadaan yang baik, teratur dan berjalan dengan lancar serta ceria. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa beramai-ramai oleh semua pelajar agar mendapat keberkatan daripada Allah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Kemudian guru  memulakan set Induksi dengan menayangkan sebuah video nasyid alif, ba, ta.  Pelajar-pelajar diminta supaya memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya semasa video itu ditayangkan. Tujuan video ini ditayangkan untuk menarik minat pelajar-pelajar disamping melahirkan perasaan yang gembira pada  tajuk yang akan berlangsung pada hari ini. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi pengajaran yang diajar kerana murid lebih nampak gambaran yang sebenarnya.Justeru, guru dilihat berjaya menarik minat pelajar-pelajar pada awal sesi P&P lagi. Kesimpulannya, set induksi yang dijalankan  dapat menarik minat  para pelajar.

Selepas itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi diteruskan iaitu mengenal huruf yang sama bentuknya. Guru menggunakan kad huruf –huruf hijaiyyah yang telah dikumpulkan diatas meja. Setiap seorang pelajar diminta mengambil huruf-huruf yang sama bentuknya. Setelah semua pelajar memilih huruf-huruf tersebut, mereka dikehendaki menyebut hurur – huruf yang berada ditangan mereka secara bergilir-gilir. Di samping murid menyebut huruf, guru juga membimbing murid yang agak kurang mengecam dan mengenal huruf tunggal jawi. Hal ini merupakan salah satu cara untuk menguji kefahaman dan ingatan murid terhadap apa yang dipandang dan dilihat semasa tayangan video tadi. Daripada 6 orang pelajar, 4 orang daripadanya dapat menjawab dengan betul dan tepat. Seorang pelajar hanya mengenali 1 huruf daripada 2 kad huruf yang berada ditangannya, manakala seorang lagi dibantu oleh guru.

Bagi memantapkan lagi pengenalan dan ingatan  huruf terhadap murid-murid, guru meminta murid mencari pasangan masing-masing. Seorang murid menyebut huruf dan didengar oleh pasangan, kemudian seorang lagi rakannya pula menyebut huruf. Kaedah ini berjalan secara begilir-gilir diantara  satu pasangan kemudian diikuti oleh pasangan lain. 5 orang pelajar dapat menyebut huruf dengan betul dan lancar.

Bagi meneruskan lagi aktiviti yang lebih menarik dan memantapkan lagi ingatan murid, guru meminta murid-murid menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru dipapan tulis secara individu dan bergilir-gilir. Sebagai tanda ingatan dan kefahaman murid terhadap pelajaran yang dipelajari oleh mereka, murid-murid berebut-rebut mengangkat tangan sebagai tanda faham apa yang disebut oleh guru. Guru meminta seorang demi seorang murid menulis huruf yang disebut oleh guru. Semua murid melibatkan diri sebagai tanda mereka ingat , faham dan tahu huruf-huruf tersebut. Saya merasa sungguh gembira dan terharu atas apa yang saya dapat pasa hari itu.  Sebagai penilaian bertulis, guru memberi arahan bagaimana hendak menjawab semua soalan yan terdapat didalam kertas lembaran kerja murid. Setelah murid faham arahan  guru, guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menyiapkan kerja mereka. 100% murid dapat menjawab semua soalan bertulis yang diedarkan kepada murid.

Perkara di atas jelas menunjukkan  objektif pengajaran guru pada hari tersebut tercapai. Secara umumnya , guru berjaya mengawal kelas dengan baik dan menamatkan pengajaran dalam masa yang ditetapkan. Namun , terdapat juga kelemahan pada guru yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Walau pun begitu, pada keseluruhannya saya yakin  saya mengajar dan menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal ini dapat dilihat dari sudut kawalan kelas dan respon pelajar adalah sangat baik. Malahan semasa sesi aktiviti yang dijalankan oleh murid , burid dapat bekerjasama dengan baik dan menjawab semua soalan guru dengan sempurna. Hal ini penting kerana pelajar dapat mengenal,  menyebut dan menulis huruf hijaiyyah jawi dengan betul semasa  pengajaran guru didalam kelas lagi.  Sememang itulah peranan saya sebagai seorang guru, dapat menyampaikan pengajaran dengan baik dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar.

Oleh yang demikian saya berjaya menarik minat pelajar untuk  mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran saya sehingga tamat. Penguasaan kelas yang amat baik dan pelajar berjaya menguasai konsep pengajaran saya. Namun terdapat juga murid yang agak lambat untuk mengenal huruf tetapi saya terus membimbing pelajar tersebut dengan suara yang agak lembut tanpa memarahinya. Hal ini penting kerana pelajar sekolah rendah sememangnya terdedah dengan emosi , seandainya berlaku kekasaran dari guru akan menghilangkan minat murid  untuk belajar dan tidak fokus untuk belajar. Untuk itu saya harus mengawal mkelas agar suasana belajar menyeronokkan  dan pelajar tidak merasa bosan untuk belajar. Hasinya , kelas pembelajaran dan pengajaran saya menjadi lebih ceria dan meningkatkan lagi  hubungan dua hala diantara guru dan murid.

Untuk semua aktiviti yang saya jalankan, saya banyak memberi pujian dan bimbingan kepada pelajar atas kerjasama yang mereka berikan. Pujian ini penting terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun 1 kerana dapat melahirkan penghargaan terhadap diri pelajar oleh guru tersebut. Malah ia akan menjadi  untuk pendokong dan melahirkan semangat dari diri pelajar tersebut untuk mengikuti pengajaran guru di lain-lain waktu.

No comments:

Post a Comment