Thursday 19 April 2012

Membezakan Antara 'kaf' dan 'qaf'

Pening... memang pening. Sebab apa? Bila nak menulis jawi, tapi tak mahir. Mana tak nya. Selalunya menulis dalam tulisan rumi. Sudah tentu pening bila terpaksa menulis dalam tulisan jawi.

Ha, salah satu rumitnya antara huruf ك dan juga huruf ق. Kedua-dua huruf ini digunakan untuk mengantikan huruf 'K' dalam tulisan rumi. Contohnya:

  • Politik
  • Teluk
  • Blog
  • Bilik


Anda tahu atau tidak, sebenarnya ada cara yang mudah untuk mengenal pasti perkataan mana yang perlu menggunakan huruf ك dan juga huruf ق. Biar Ustazah ceritakan.

Huruf  ق digunakan untuk perkataan yang mana asalnya dari Bahasa Melayu. Contohnya:

  • Teluk
  • Bilik


Makanya, ia dieja seperti berikut:

  • Teluk = تلوق
  • Bilik = بيليق


Manakala huruf  ك pula digunakan untuk perkataan dalam Bahasa Inggeris. Contohnya:

  • Politik (politic)
  • Blog


Justeru, ia dieja seperti berikut: 

  • Politik = فوليتيك
  • Blog = بلوك

Mudah bukan? Selepas ini, anda dah boleh untuk menulis jawi dengan lebih baik!

6 comments:

  1. terima kasih ustazah. emm...tapi macamana pula dengan ejaan KEROPOK? Mula ada huruf K dan akhir pun ada K.Ini ejaan bahasa melayu juga kan

    ReplyDelete
  2. Syukran ya ustazah atas penerangn..

    ReplyDelete
  3. 𝗧𝗵𝗮𝗻𝗸𝘀 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗔𝗔𝗔𝗔𝗔𝗔 𝗧𝗛𝗔𝗡𝗞𝗬𝗢𝗨𝗨𝗨𝗨𝗨𝗨

    ReplyDelete
  4. Sy nk minta tkrkan perkataan pendidik dan pendidikan ke dalam tulisan jawi boleh ke?

    ReplyDelete