Saturday 28 April 2012

REFLEKSI P&P


Contoh Refleksi P&P

Mata Pelajaran            : Pelajaran Jawi
Hari                             : Isnin
Tarikh                          : 23 April 2012
Masa                           : 8.40 – 9.10 (30 minit)
Tahun                          : 1  Cemerlang
Bilangan Pelajar          : 6 orang
Tajuk                           : Mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal jawi.



Pendahuluan

Pada 23 April 2012 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk mata pelajan Pendidikan Jawi Tahun  1. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf hijaiyyah jawi.  Saya telah menggunakan teknologi komputer iaitu tayangan video berkaitan dengan alif, ba, ta. Dengan bantuan rakan sekerja iaitu Cikgu Shizan mengambil rakaman sepanjang aktyiviti pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Tepat jam 8.40 pagi saya dengan hati yang agak gemuruh melangkahkan kaki ke tahun 1  Cemerlang bagi membuat satu  rakaman  pengajaran makroteaching selama 30 minit. Walaupun  pelajar tersebut agak rapat dengan saya, kerana bilangannya yang sedikit, tetapi saya merasa agak sedikit gementar. Sekolah saya merupakan kategori sekolah luar bandar dan kurang murid, jadi tidak hairanlah pelajar tahun 1 cuma 6 orang sahaja.  Melalui rakaman saya dan maklum balas daripada rakan sekerja saya telah dapat  melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro tersebut.
                                                                     

Kekuatan       

Pada permulaannya , kelas berjalan seperti biasa, seperti yang telah dirancang untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan. Suasana kelas berada di dalam keadaan yang baik, teratur dan berjalan dengan lancar serta ceria. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan bacaan doa beramai-ramai oleh semua pelajar agar mendapat keberkatan daripada Allah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Kemudian guru  memulakan set Induksi dengan menayangkan sebuah video nasyid alif, ba, ta.  Pelajar-pelajar diminta supaya memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya semasa video itu ditayangkan. Tujuan video ini ditayangkan untuk menarik minat pelajar-pelajar disamping melahirkan perasaan yang gembira pada  tajuk yang akan berlangsung pada hari ini. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi pengajaran yang diajar kerana murid lebih nampak gambaran yang sebenarnya.Justeru, guru dilihat berjaya menarik minat pelajar-pelajar pada awal sesi P&P lagi. Kesimpulannya, set induksi yang dijalankan  dapat menarik minat  para pelajar.

Selepas itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi diteruskan iaitu mengenal huruf yang sama bentuknya. Guru menggunakan kad huruf –huruf hijaiyyah yang telah dikumpulkan diatas meja. Setiap seorang pelajar diminta mengambil huruf-huruf yang sama bentuknya. Setelah semua pelajar memilih huruf-huruf tersebut, mereka dikehendaki menyebut hurur – huruf yang berada ditangan mereka secara bergilir-gilir. Di samping murid menyebut huruf, guru juga membimbing murid yang agak kurang mengecam dan mengenal huruf tunggal jawi. Hal ini merupakan salah satu cara untuk menguji kefahaman dan ingatan murid terhadap apa yang dipandang dan dilihat semasa tayangan video tadi. Daripada 6 orang pelajar, 4 orang daripadanya dapat menjawab dengan betul dan tepat. Seorang pelajar hanya mengenali 1 huruf daripada 2 kad huruf yang berada ditangannya, manakala seorang lagi dibantu oleh guru.

Bagi memantapkan lagi pengenalan dan ingatan  huruf terhadap murid-murid, guru meminta murid mencari pasangan masing-masing. Seorang murid menyebut huruf dan didengar oleh pasangan, kemudian seorang lagi rakannya pula menyebut huruf. Kaedah ini berjalan secara begilir-gilir diantara  satu pasangan kemudian diikuti oleh pasangan lain. 5 orang pelajar dapat menyebut huruf dengan betul dan lancar.

Bagi meneruskan lagi aktiviti yang lebih menarik dan memantapkan lagi ingatan murid, guru meminta murid-murid menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru dipapan tulis secara individu dan bergilir-gilir. Sebagai tanda ingatan dan kefahaman murid terhadap pelajaran yang dipelajari oleh mereka, murid-murid berebut-rebut mengangkat tangan sebagai tanda faham apa yang disebut oleh guru. Guru meminta seorang demi seorang murid menulis huruf yang disebut oleh guru. Semua murid melibatkan diri sebagai tanda mereka ingat , faham dan tahu huruf-huruf tersebut. Saya merasa sungguh gembira dan terharu atas apa yang saya dapat pasa hari itu.  Sebagai penilaian bertulis, guru memberi arahan bagaimana hendak menjawab semua soalan yan terdapat didalam kertas lembaran kerja murid. Setelah murid faham arahan  guru, guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menyiapkan kerja mereka. 100% murid dapat menjawab semua soalan bertulis yang diedarkan kepada murid.

Perkara di atas jelas menunjukkan  objektif pengajaran guru pada hari tersebut tercapai. Secara umumnya , guru berjaya mengawal kelas dengan baik dan menamatkan pengajaran dalam masa yang ditetapkan. Namun , terdapat juga kelemahan pada guru yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Walau pun begitu, pada keseluruhannya saya yakin  saya mengajar dan menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal ini dapat dilihat dari sudut kawalan kelas dan respon pelajar adalah sangat baik. Malahan semasa sesi aktiviti yang dijalankan oleh murid , burid dapat bekerjasama dengan baik dan menjawab semua soalan guru dengan sempurna. Hal ini penting kerana pelajar dapat mengenal,  menyebut dan menulis huruf hijaiyyah jawi dengan betul semasa  pengajaran guru didalam kelas lagi.  Sememang itulah peranan saya sebagai seorang guru, dapat menyampaikan pengajaran dengan baik dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar.

Oleh yang demikian saya berjaya menarik minat pelajar untuk  mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran saya sehingga tamat. Penguasaan kelas yang amat baik dan pelajar berjaya menguasai konsep pengajaran saya. Namun terdapat juga murid yang agak lambat untuk mengenal huruf tetapi saya terus membimbing pelajar tersebut dengan suara yang agak lembut tanpa memarahinya. Hal ini penting kerana pelajar sekolah rendah sememangnya terdedah dengan emosi , seandainya berlaku kekasaran dari guru akan menghilangkan minat murid  untuk belajar dan tidak fokus untuk belajar. Untuk itu saya harus mengawal mkelas agar suasana belajar menyeronokkan  dan pelajar tidak merasa bosan untuk belajar. Hasinya , kelas pembelajaran dan pengajaran saya menjadi lebih ceria dan meningkatkan lagi  hubungan dua hala diantara guru dan murid.

Untuk semua aktiviti yang saya jalankan, saya banyak memberi pujian dan bimbingan kepada pelajar atas kerjasama yang mereka berikan. Pujian ini penting terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun 1 kerana dapat melahirkan penghargaan terhadap diri pelajar oleh guru tersebut. Malah ia akan menjadi  untuk pendokong dan melahirkan semangat dari diri pelajar tersebut untuk mengikuti pengajaran guru di lain-lain waktu.

Thursday 26 April 2012

Mari Menonton Sambil Belajar Bersama-Sama


23 April lepas, Alhamdulillah Ustazah dah selesaikan tugasan mengajar untuk subjek EDU 3026 (Pengajaran, Teknologi & Penaksira). Ustazah pilih tajuk Mengenal huruf Jawi. Satu perkara yang Ustazah suka adalah mengajar cuma 6 orang pelajar sahaja. Sikit bukan? Jika nak dibandingkan dengan guru-guru lain mempunyai puluhan pelajar bagi setiap kelas.

Nak tahu apa yang Ustazah dah buat? Jom tengok di bawah.






Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                          :           23 hb  April. 2012

Kelas                           :           1  Cemerlang

Masa                            :           8.40 – 9.10

Bilangan murid              :           6 orang

Mata pelajaran             :           Pelajaran Jawi

Standard Kandungan  :           6.1  Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal.

Standard Pembelajaran:          6.1.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal dengan
                                                         betul

Objektif                       :           Pada akhir pengajaran murid dapat:
i)                    mengenal 35 huruf jawi
ii)                   menyebut 35 huruf jawi dengan betul
iii)                menulis 35 huruf  jawi   dengan betul.

Pengetahan sedia ada  :           Mengenal huruf hijaiyyah

Konsep                        :           Mengenal 35 huruf jawi dengan betul

Bahan                          :           LCD / Kad  Imbasan  / Lembaran Kerja



Langkah/masa
Isi Pelajaran
Aktiviti
Aktiviti guru
Aktiviti murid

Set Induksi
(5 minit)

 Huruf  Hijaiyyah


Guru menayangkan video nasyid alif,ba,ta.

Murid melihat dan mendengar video alif,ba ta.


Langkah 1
(5  minit)
Mencari huruf yang sama bentuknya.
Guru menghimpunkan semua kad huruf hijaiyyah di atas meja.
Guru menyebut satu huruf Hijayyah murid-murid perlu mencari huruf yang sama bentuknya.
Murid mendengar arahan guru.
Murid mencari  huruf yang sama bentuknya.

Langkah 2
(8 minit)

Menyebut huruf

Guru menyuruh murid menyebut huruf yang ada di tangan masing-masing seorang demi seorang.

Guru menyuruh murid mencari pasangan masing-masing serta menyebut huruf pasangan.

Murid menyebut huruf yang ada di tangan masing-masing.
Murid mencari pasangan dan menyebut huruf pasangan.

Langkah 3
(7  minit)

Menulis huruf

Guru menyebut huruf hijayyah.


Guru menunjuk huruf yang ditulis di papan putih.

Murid menulis huruf yang disebut oleh guru dipapan putih.
Murid menyebut beramai-ramai.

Langkah 4
(5  minit)

Lembaran Kerja

Guru mengedar kertas lembaran kerja.


Murid-murid menyiapkan kerja yang diberi.

Penutup
(5  minit)

Menyemak lembaran kerja.

Guru menyemak lembaran kerja murid.


Guru membuat kesimpulan pengajaran.

Murid melihat semula hasil kerja mereka.


Refleksi P&P

Thursday 19 April 2012

Membezakan Antara 'kaf' dan 'qaf'

Pening... memang pening. Sebab apa? Bila nak menulis jawi, tapi tak mahir. Mana tak nya. Selalunya menulis dalam tulisan rumi. Sudah tentu pening bila terpaksa menulis dalam tulisan jawi.

Ha, salah satu rumitnya antara huruf ك dan juga huruf ق. Kedua-dua huruf ini digunakan untuk mengantikan huruf 'K' dalam tulisan rumi. Contohnya:

  • Politik
  • Teluk
  • Blog
  • Bilik


Anda tahu atau tidak, sebenarnya ada cara yang mudah untuk mengenal pasti perkataan mana yang perlu menggunakan huruf ك dan juga huruf ق. Biar Ustazah ceritakan.

Huruf  ق digunakan untuk perkataan yang mana asalnya dari Bahasa Melayu. Contohnya:

  • Teluk
  • Bilik


Makanya, ia dieja seperti berikut:

  • Teluk = تلوق
  • Bilik = بيليق


Manakala huruf  ك pula digunakan untuk perkataan dalam Bahasa Inggeris. Contohnya:

  • Politik (politic)
  • Blog


Justeru, ia dieja seperti berikut: 

  • Politik = فوليتيك
  • Blog = بلوك

Mudah bukan? Selepas ini, anda dah boleh untuk menulis jawi dengan lebih baik!

Tuesday 17 April 2012

Tak tahu nak tulis jawi? Jom gunakan myjawi.net

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Semalam, Ustazah sudah kongsikan tentang macam mana menjadikan anak-anak suka belajar huruf jawi secara interaktif. Harapnya, anda sudah jadikannya macam mana nak bawa anak-anak anda meminati ilmu jawi dan Al-quran.

Baiklah, kali ini Ustazah nak kongsikan tentang satu lagi cara menulis jawi. Tetapi, bukan dengan kaedah tradisional. Sebaliknya, dengan menggunakan perisian atas talian. Jika anda tidak mahir untuk menulis jawi, anda boleh jadikan perisian ini sebagai satu mediu untuk anda menulis jawi dengan baik.

Perisian tersebut boleh didapati dengan melawat ke http://www.myjawi.net

 

Macam mana nak gunakannya? Mudah sahaja. Anda cuma perlu tuliskan ayat yang ingin anda tukarkan kepada jawi dalam ruangan yang disediakan. Ustazah nak tukarkan perkataan yang berikut:

Nama saya Ahmad. Saya berumur 8 tahun. Setiap hari, saya ke sekolah dengan menaiki bas. Di sekolah, saya belajar pelajaran jawi bersama Ustaz Munir. Saya suka belajar jawi bersama dengan Ustaz Munir dan rakan-rakan.

Seterusnya, anda cuma perlu menekan butang 'Tukar" yang disedikan di bawah.


Selesai!

Mudah bukan? Jadi, selepas ini anda boleh menghasilkan artikel dalam bahasa jawi dengan lebih mudah dan cepat. Dalam masa yang sama, kita boleh menartabatkan tulisan jawi.

Jom Kenal Alif, Ba Ta

Assalamualaikum semua,

Hari ini, Ustazah nak kongsikan macam mana untuk mengenal Alif, Ba, Ta dengan interaktif.

Anda boleh ajar anak-anak anda untuk mengenal huruf jawi dengan lebih mudah dan berkesan.

Jom tonton!


Monday 9 April 2012

Macam mana Nak Menulis Jawi?

Assalamualaikum semua!

Hari ini, Ustazah nak kongsikan satu kaedah mudah untuk menulis jawi.

Macam mana kita nak tahu samada huruf jawi tersebut boleh disambungkan dengan huruf jawi yang selepasnya?

Anda perlu tahu, ada beberapa huruf jawi yang tidak boleh disambungkan dengan huruf jawi yang lain selepasnya. Huruf-huruf tersebut adalah:

ا د ذ ر ز و ؤ


Begini, anda ingin menulis perkataan 'Aku' yang mengandungi abjad ا ك و. Ia ditulis begini:

و + ك + ا 
= اكو

Huruf  ا tidak boleh disambungkan dengan huruf و.

Manakala huruf ك dan abjad و pula boleh disambungkan.

Semoga bermanfaat!