Contoh Refleksi P&P
Mata Pelajaran :
Pelajaran Jawi
Hari :
Isnin
Tarikh :
23 April 2012
Masa :
8.40 – 9.10 (30 minit)
Tahun :
1 Cemerlang
Bilangan Pelajar :
6 orang
Tajuk :
Mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal jawi.
Pendahuluan
Pada 23 April 2012 saya telah menjalankan
pengajaran makro untuk mata pelajan Pendidikan Jawi Tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah mengenal,
menyebut dan menulis huruf-huruf hijaiyyah jawi. Saya telah menggunakan teknologi komputer
iaitu tayangan video berkaitan dengan alif, ba, ta. Dengan bantuan rakan
sekerja iaitu Cikgu Shizan mengambil rakaman sepanjang aktyiviti pembelajaran
dan pengajaran dijalankan. Tepat jam 8.40 pagi saya dengan hati yang agak
gemuruh melangkahkan kaki ke tahun 1
Cemerlang bagi membuat satu
rakaman pengajaran makroteaching
selama 30 minit. Walaupun pelajar
tersebut agak rapat dengan saya, kerana bilangannya yang sedikit, tetapi saya
merasa agak sedikit gementar. Sekolah saya merupakan kategori sekolah luar
bandar dan kurang murid, jadi tidak hairanlah pelajar tahun 1 cuma 6 orang
sahaja. Melalui rakaman saya dan maklum
balas daripada rakan sekerja saya telah dapat
melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro tersebut.
Kekuatan
Pada permulaannya , kelas berjalan seperti
biasa, seperti yang telah dirancang untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran
yang telah dinyatakan. Suasana kelas berada di dalam keadaan yang baik, teratur
dan berjalan dengan lancar serta ceria. Sesi pengajaran dan pembelajaran
dimulakan dengan bacaan doa beramai-ramai oleh semua pelajar agar mendapat
keberkatan daripada Allah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung. Kemudian guru memulakan set
Induksi dengan menayangkan sebuah video nasyid alif, ba, ta. Pelajar-pelajar diminta supaya memberi
perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya semasa video itu ditayangkan. Tujuan
video ini ditayangkan untuk menarik minat pelajar-pelajar disamping melahirkan
perasaan yang gembira pada tajuk yang
akan berlangsung pada hari ini. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi
pengajaran yang diajar kerana murid lebih nampak gambaran yang
sebenarnya.Justeru, guru dilihat berjaya menarik minat pelajar-pelajar pada
awal sesi P&P lagi. Kesimpulannya, set induksi yang dijalankan dapat menarik minat para pelajar.
Selepas itu, sesi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik lagi diteruskan iaitu mengenal huruf yang sama bentuknya.
Guru menggunakan kad huruf –huruf hijaiyyah yang telah dikumpulkan diatas meja.
Setiap seorang pelajar diminta mengambil huruf-huruf yang sama bentuknya.
Setelah semua pelajar memilih huruf-huruf tersebut, mereka dikehendaki menyebut
hurur – huruf yang berada ditangan mereka secara bergilir-gilir. Di samping
murid menyebut huruf, guru juga membimbing murid yang agak kurang mengecam dan
mengenal huruf tunggal jawi. Hal ini merupakan salah satu cara untuk menguji
kefahaman dan ingatan murid terhadap apa yang dipandang dan dilihat semasa
tayangan video tadi. Daripada 6 orang pelajar, 4 orang daripadanya dapat
menjawab dengan betul dan tepat. Seorang pelajar hanya mengenali 1 huruf
daripada 2 kad huruf yang berada ditangannya, manakala seorang lagi dibantu
oleh guru.
Bagi memantapkan lagi pengenalan dan ingatan huruf terhadap murid-murid, guru meminta
murid mencari pasangan masing-masing. Seorang murid menyebut huruf dan didengar
oleh pasangan, kemudian seorang lagi rakannya pula menyebut huruf. Kaedah ini
berjalan secara begilir-gilir diantara
satu pasangan kemudian diikuti oleh pasangan lain. 5 orang pelajar dapat
menyebut huruf dengan betul dan lancar.
Bagi meneruskan lagi aktiviti yang lebih
menarik dan memantapkan lagi ingatan murid, guru meminta murid-murid menulis
huruf-huruf yang disebut oleh guru dipapan tulis secara individu dan
bergilir-gilir. Sebagai tanda ingatan dan kefahaman murid terhadap pelajaran
yang dipelajari oleh mereka, murid-murid berebut-rebut mengangkat tangan
sebagai tanda faham apa yang disebut oleh guru. Guru meminta seorang demi seorang
murid menulis huruf yang disebut oleh guru. Semua murid melibatkan diri sebagai
tanda mereka ingat , faham dan tahu huruf-huruf tersebut. Saya merasa sungguh
gembira dan terharu atas apa yang saya dapat pasa hari itu. Sebagai penilaian bertulis, guru memberi
arahan bagaimana hendak menjawab semua soalan yan terdapat didalam kertas
lembaran kerja murid. Setelah murid faham arahan guru, guru mengedarkan lembaran kerja dan
murid menyiapkan kerja mereka. 100% murid dapat menjawab semua soalan bertulis
yang diedarkan kepada murid.
Perkara di atas jelas menunjukkan objektif pengajaran guru pada hari tersebut
tercapai. Secara umumnya , guru berjaya mengawal kelas dengan baik dan
menamatkan pengajaran dalam masa yang ditetapkan. Namun , terdapat juga
kelemahan pada guru yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Walau pun
begitu, pada keseluruhannya saya yakin
saya mengajar dan menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran dengan
baik. Hal ini dapat dilihat dari sudut kawalan kelas dan respon pelajar adalah
sangat baik. Malahan semasa sesi aktiviti yang dijalankan oleh murid , burid
dapat bekerjasama dengan baik dan menjawab semua soalan guru dengan sempurna.
Hal ini penting kerana pelajar dapat mengenal,
menyebut dan menulis huruf hijaiyyah jawi dengan betul semasa pengajaran guru didalam kelas lagi. Sememang itulah peranan saya sebagai seorang
guru, dapat menyampaikan pengajaran dengan baik dan menyampaikan ilmu yang
bermanfaat kepada pelajar.
Oleh yang demikian saya berjaya menarik minat
pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran saya sehingga tamat. Penguasaan kelas yang amat baik dan
pelajar berjaya menguasai konsep pengajaran saya. Namun terdapat juga murid
yang agak lambat untuk mengenal huruf tetapi saya terus membimbing pelajar
tersebut dengan suara yang agak lembut tanpa memarahinya. Hal ini penting
kerana pelajar sekolah rendah sememangnya terdedah dengan emosi , seandainya
berlaku kekasaran dari guru akan menghilangkan minat murid untuk belajar dan tidak fokus untuk belajar.
Untuk itu saya harus mengawal mkelas agar suasana belajar menyeronokkan dan pelajar tidak merasa bosan untuk belajar.
Hasinya , kelas pembelajaran dan pengajaran saya menjadi lebih ceria dan
meningkatkan lagi hubungan dua hala
diantara guru dan murid.
Untuk semua aktiviti yang saya jalankan, saya
banyak memberi pujian dan bimbingan kepada pelajar atas kerjasama yang mereka
berikan. Pujian ini penting terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun 1 kerana
dapat melahirkan penghargaan terhadap diri pelajar oleh guru tersebut. Malah ia
akan menjadi untuk pendokong dan
melahirkan semangat dari diri pelajar tersebut untuk mengikuti pengajaran guru
di lain-lain waktu.
No comments:
Post a Comment